Wednesday 18 November 2009

An Eagle Who Thinks He's a Chikcen



Suatu hari ibu helang pergi meninggalkan sarangnya untuk mencari makanan. Saat pergi telurnya masih dalam keadaan baik. Namun, ketika ia terbang gerakannya meninggalkan dahan membuat gerakan yang cukup bererti untuk menggerakkan telurnya sedikit demi sedikit membuatnya terjatuh.
Namun, Tuhan balum menakdirkan ianya pecah, telur itu jatuh ke sarang ayam dan bergabung dengan telur ayam yang lain. Ketika ibu ayam kembali ke sarangnya ,tarus mengeramkan telurnya tanpa mengesyaki telurnya telah bertambah.
Hari demi hari berlalu. Tiba saatnya telur2 ayam menetas , menetas satu persatu menemui dunia. Sang ibu bahagia. Semua anaknya sihat ….Tapi……apa ini????Sang ibu menggerutkan dahi. Matanya tak terlepas dari satu sosok makhluk yang berbeza dari anak anaknya yang lain. Kenapa wujudnya tidak sama dengan anak anakku yang lain? Tapi bukankah ia lahir dari hasil eramanku? Itu bererti ia juga anakku?
Naluri ibu tak akan sanggup dikalahkan oleh sedikit kecurigaan. Ya ibu ayam pun menerima si Anak Helang sepenuh hatinya.Tidak dibeza bezakan , tidak didiskriminasikan. Bentuk ,rupa …tak berpengaruh baginya. Sayangnya tak akan hilang dengan alasan fizik semata mata. Ia memberinya makan, menjaganya dari sebarang bahaya. Si anak helang juga tak merasa ada yang aneh pada dirinya. Yang ia tahu ia punyai ibu seekor ayam dan saudara saudaranya juga seekor ayam. Apa salahnya ia berfikir yang dirinya juga adalah seekor ayam??
Begitu juga saudaranya yang lain. Kerana didikan ibu yang bijaksana,mereka memperlakukannya sama seperti adik beradik yang lain..bermain bersama,makan cacing ,berlarian dan semuanya bersama.
Suatu hari tika mereka pergi keluar mencari makanan .Pelbagai telatah lucu sesama mereka.. Sungguh membahagiakan. Sedang leka mencari makanan tiba tiba anak helang mendengar suara aneh dari atas. Telinganya yang tajam tak bisa dibohongi oleh siuran angin yang menyejukkan siang itu. Suara apa itu? Kenapa tak terasa asing? Kenapa aku merasa sangat mengenalinya?
Dia manpak rupa yang seakan akan dirinya terbang gagah ; bersatu dengan alam._jangan lupa dia seekor helang dapat melihat wujud burung itu dengan jelas.Berbulu coklat, memiliki cakar tajam yang besar.Ia seperti mengenalinya. Sosok yang mirip dengan bayangan dirinya dalam takungan air beberapa bulan yang lalu, di depan rumahnya.
Kenapa aku berbeza , bu?
Apa maksudmu , anakku?
Tadi aku melihat bayanganku memantul di takungan air. Aku… aku baru sedar yang aku tak serupa dengan saudaraku yang lain.Paruhku besar, buluku coklat, ukuranku lebih besar dari yang lain. Aku lebih besar dan cakarku juga lebih tajam.
Ibu ayam hanya tersenyum.
Boleh ibu jelaskan?
Adakah itu penting?
Aku hanya ingin tahu mengapa aku berbeza… itu saja?
Hmm.. adakah ibu pernah membezakanmu dengan yang lain?
Tidak bu…
Adakah perbezaan itu penting jika ibu kata yang ibu tetap menyayangimu bagaimanapun rupamu?
Si anak helang terdiam
Dia terus berjumpa anak ayam yang lain dan berbincang mengenai masaalahnya … Jika betullah kamu seekor burung… cuba kamu terbang ..
Anak helang mencuba sekali dan tak berjaya….
Cukuplah kamu tu sama seperti kami, tetap anak ayam
Mari kita balik…. Tidak berguna walau seribu usaha sekalipun untuk kamu terbang kerana kamu itu tetap anak ayam seperti kami… Cuma fizakalmu sahaja yang berbeza.
Saudaraku anggap saja peristiwa hari ini tidak pernah berlaku. Kita bersaudara sejak kecil lagi hingga sekarang . Dierami ibu sebagai telur ayam, menetas sebagai anak ayam, makan cacing seperti ayam, berjalan dan berlari seperti ayam. Buat apa mencari nama yang lain?
Kita ni ayam, itu sudah terjadi bertahun tahun, maka terima saja apa yang ada.OK?
Si anak helang pun menerima segalanya dengan rela hati. Perlahan tapi pasti melupakan keraguan yang sempat menimpanya.

Pembaca pernahkah kamu memiliki kecurigaan seperti anak helang?
Kalau pernah, kamu tidak salah. Setiap pagi tika melihat cermin, kita tahu bayangan siapa yang trepantul dari permukaan cermin; seorang manusia, ada dua mata, 2 tangan lengkap berjemari, hidung, mulut, kepala … lengkap .
Dengan kesamaan itu tidak salah untuk kamu anggap yang diri kamu sama seperti “mereka” orang orang hebat yang kamu idolakan, yang menyita sebahagian besar otakmu.Kamu juga punyai persamaan seperti mereka , mengapa tidak boleh untuk kamu menganggap diri kamu hebat seperti mereka.
Kerana tidak mengerti kamu hanya mampu untuk menumpang kegembiraan orang lain.
Mungkin kamu memang mirip mereka. Kamu juga kadangkala memikirkan yang kamu mampu terbang seperti mereka.
Cuma kamu kalah dengan bisikan suara yang mengatakan kamu tidak akan mampu. Kamu cuba untuk terbang tetapi setelah gagal sekali, kamu terus menyatakan yang kamu tidak akan beleh terbang lagi…

Si ibu ayam juga…. Jika kamu tidak menyakini segala sesuatu ada hikmahnya. Suadah pasti anak helang akan disisihkan tanpa penjagaan.