Saturday 15 May 2010

Dewasa Belum Masanya

Buat diri yang mampu untuk membuat perhitungan.......

Satu 'makhluk' yang tidak mampu untuk kita kejari mahupun sekadar menahannya@menghentikannya..... Iaitu masa.

Jika di Jepun 'makhluk' ini dianggap sebagai nyawa bagi mereka.

Pepatah Arab ''masa lebih berharga daripada emas''.

Persepsi Melayu pula jika berjanji untuk bertemu 10:30 pm datang 11:10pm.

Jika kita mengkaji dan menghayati sejarah……

Secara logiknya , tidak mungkin??

Dalam tempoh masa yang begitu pantas, seperti bayi yang baru dilahirkan tetapi sudah dewasa dalam tempoh yang singkat bukan pada masanya, iaitu selama 23 tahun sahaja Rasulullah berjaya mengubah masyarakat yang memusuhinya menjadi sahabat yang mempertahankannya, masyarakat yang gemarkan maksiat menjadi penyampai kalimah lailahailallah, masyarakat yang menyembah berhala menjadi penyembah yang ESA, malah beliau masih sempat untuk mendirikan dam menegakkan daulah Islamiyyah.

Lebih menghairankan lagi!!

Ketika zaman sahabat Islam telah sampai ke serata dunia termasuk Asia Tenggara yang berada jauh beribu batu dari Mekah,, malah Islam yang adalah Islam yang sudah lengkap.

Berkat daripada mereka yang bersungguh dalam kejuaraan mengejar 'makhluk' ini seperti dalam satu siri peperangan di Madain, tika umat Islam telah berjaya meraih kemenangan dalam peperangan tersebut, Saad bin Abi Waqas berkata ''Agama Islam masih baru'', tetapi telah dapat mereka teklukkan daratan dan perairan.

Mengapa pula Islam masih baru??

Saad bin Abi Waqas juga penyampai Islam di China dan di Asia Tenggara pula Islam disampaikan oleh orang Habsyah iaitu Saad Lubaid Al Habsyi.

Juga contoh pengejar terpantas 'makhluk 'ini, malah mereka berjaya mencapai tahap kedewasaan mereka belum pada masanya yang memainkan Islam dewasa begitu pantas dan tersebar luas di dunia.

Usamah bin Zaid (pembuka kota Rom)

Mus'ab bin Umair (pembuka kota Yathrib)

Muhammad Al Fateh (pembuka kota Konstantinople)

Tidak dilupakan Khalid Al Walid, tikamana merasakan dirinya baru memeluk Islam, ketika berkecamuk perang Mu'tah. Telah tewas 3 panglima Islam , maka panji Islam diserahkan kepadanya sepantas kilat mampu untuk menyelamatkan kaum Muslimin dari lembah kehancuran.

Juga kepantasan sebuah tamadun merentasi 'makhluk' ini dengan gilang gemilang , ketika Era keunggulan Abbasiyyah (kepesatan perkembangan ilmu). Kemodenan masa kini mungkin tidak akan kita kecapi jika tiada teras dalam kemodenan seperti ilmu (penemuan baru). Dalam era ini jutaan ilmuan Islam telah berjaya merentasi 'makhluk' ini dalam merungkai rahsia ilmu seterusnya menjana tamadun moden walaupun di Eropah ketika itu masih lagi di zaman kegelapan dan serba kekurangan.

Satu analogi,

Nyawa kita ibarat kenderaan yang terus bergerak tanpa henti dari Meru ke Shah Alam, ia terus bergerak ke destinasi terakhir dan bila sampai ke pengakhiran maka tiada lagi perjalanan (mati).

Begitu Rasulullah sedar, begitu sahabat sedar, begitu salafussaleh sedar, begitu juga kita perlu sedar. Setiap saat yang dibazirkan memungkinkan Islam tidak sampai ke hari ini.

Ayuh kita sahut cabaran ini…. Tentang 'makhluk' (masa) ….. kejar 'makhluk' ini ….. Rasulullah telah berjaya mendewasakan Islam ini walau belum pada masanya, maka berusahalah dalam diri kita untuk menjadi dewasa walau belum pada masanya.

23 tahun ialah umur remaja,,,, tetapi ketika itu telah berjaya Rasulullah mendewasakan Islam

Waallhua'lam.