Wednesday 27 November 2019

PANTAS!


Sejarah

Ketika ammul wufud(tahun perutusan), bermula dari habsyah rasulullah menghantar ramai pendakwah untuk menyampaikan islam ke seluruh pelusuk dunia.

Utusan yang ke asia ketika itu adalah saad ibn waqas dan saad lubaib al habsyi,
Saad ibn waqas mengambil jalan darat yang menyampaikannya ke Cina.

Saad lubaib pula menyambil jalan laut sehingga sampai ke asia tenggara, ada pendapat mengatakan dia singgah di Melaka.

Satu bukti sejak dari zaman sahabat keberadaan islam telah mekar bertapak di bumi asia tenggara khususnya tanah melayu, perSOALannya betapa pantas islam sampai ke serata dunia dan apa yang menyebabkan mereka sanggup merentasi segalanya untuk islam tertanam dalam dada setiap manusia.

tidak lain adalah kerena mereka benar benar memahami lafaz dan tuntutan syahadah.

Mari bersama mengkaji dan FAHAM sejarah agar berulang kembali sejarah GAH seperti masyarakat asia tenggara dahulu kala pernah menganggap siapa yang meninggalkan solat lebih hina dari najis anjing dan babi, perpindahan nama berhala SURAU kepada surau tempat solat, juga agar tidak mengulang sejarah hitam seperti kejatuhan Melaka, penjajahan iman berteraskan nafsu.

Yang paling penting agar kita dapat membuka mata dan hati apa itu islam dan apa yang bukan islam, ‘’untukmu agamamu, dan untukku agamaku’’ –al kafirun ;6-  satu ungkapan rasulullah ketikamana kafir quraisy ingin menawarkan persamaan jahiliyah dan islam.

Wallahua’lam.

JASAD ISLAMKU


JASAD ISLAMKU

Namaku ISLAM, aku ingat lagi suatu ketika dahulu, ketika pernah persekitaran dan kehidupanku sering menjadi rujukan, ramai yang ingin bersahabat denganku, setiap permasalahan pasti aku yang diminta untuk menjadi penimbang taranya.

Tetapi itu kisah dahulu,
           
Sudah tertambat, terpaku, tergulung dan terselit dalam lipatan sejarah.

Aku ingat lagi saat lahirku, aku dicemuh, dipandang jelek, semua yang berhadapan denganku pasti akan merasai keanehan dan keganjilanku.

Lahirku pada mulanya hanya disambut dengan segelintir manusia, yang dalam hatinya kurasakan tulus, suci dan ikhlas ingin memegang eratku dan menjadikan aku segalanya dalam hidup mereka.

Aku ingat lagi kata kata nista abu jahal "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad." Tohmah abu jahal dengan sasa mengangkat batu besar mahu dihentak pada rasulullah yang sedang khusyuk dihadapan ka’bah.

Sungguh tegar kau ucapkan lafaz itu pada insan pertama yang menggenggam eratku, kau cemar wibawaku.

Saat itu kurasakan aku terhina, terbuang dan terdampar dalam lautan cacian manusia manusia berjiwa haiwan.

Namun masih lagi hadir kebahagiaan tanpa putus putus dari tingkah laku mereka, membuatkanku berasa gah menjadi diriku sebagai islam.

Masih segar dalam ingatanku lantunan kata "Jika kamu [Muhammad] mengarahkan kami mencampakkan kuda kami ke laut, nescaya kami akan lakukan’’.

Aku bangga dengan mereka yang siap sedia dengan segala apa yang ada untuk menjaga dan mengangkat diriku. Berprinsip jelas, taat dan siap siaga menyerahkan jiwa dan raga untukku.

Kegembiraanku tak putus putus dari hari ke hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun dan dari abad keabad, sehinggalah ke satu tempoh, yang kurasakan amat mengguris hati, tarikh yang membuatku lemas seakan mati, ketikamana jatuhnya khilafah yang berhempas pulas menjaga diriku.

Sebelum ini juga, telah kurasakan longlai berkali kali, lemas, apung kembali, dari serangan tartar, kepincangan kepimpinan khalifah dan perang perang saudara canangan musuh dalam selimut, kurasakan sesak dadaku bagaikan lemas dalam setiap permasalahan, namun kini aku masih lagi berharap, agar aku kembali terapung tanpa lemas kembali.

“Woi faris, apa kau buat hah dah berjam jam kau termenung, kejap masam kejap senyum, sihat tak’’!?.

‘’Aku.. aku.. ha haa , hamzah’’!?.
Kedua tangan faris yang sejak dari tadi menongkat dagunya tergelincir lantaran kejutan hamzah yang tiba tiba menyergah.

‘’Ha ha haa’’!, ‘’tau pon terkejut, tu la termenung panjang macam pungguk rindukan bulan lah aku tengok kau ni’’.

‘’He he, kau tahu tak apa yang aku bayangkan tadi’’. Balas faris spontan.

‘’Takde masa la nak fikir, kau tak yah nak senyum kambing la’’.
Keluh hamzah tak pedulikan coletah faris.
‘’Kau tu kalau dah….
Faris terus memotong dengan senyum lebarnya masih asyik lamunan indah.

‘’Sebenarnya tadi aku terbayang, aku ni adalah satu perumpamaan kepada agama islam, kau pon tahu nama penuh aku faris al islam bin zalani’’.

‘’Ha ha, boleh lah, ada la jugak islam kat hujung, apa dia kau menungkan tu, kongsi sikit’’.
Entah kenapa hamzah tiba tiba berminat ingin mengetahui bayangan faris, walaupun sebelum ini dia pasti bosan dengan semua cerita angan angan faris.
‘’Aku rasakan aku sebagai agama islam, ada perasaan tersendiri pada semua yang mendokongku, rasa benci pada orang orang yang meninggalkanku, rasa meluat pada orang orang yang menyingkirkanku, rasa sayang pada orang yang memeluk eratku, rasa kasihan pada orang yang masih hairan, keliru dan bengong tidak memahami diriku walau sudah dijelaskan berkali kali kenapa aku dilahirkan’’.

‘’Aku ingat kisah bangkit dan jatuhku, semuanya terpapar bagaikan sebuah layar dihadapan mataku, paparan yang memberi rasa, perasaan seolah olah aku berada di zaman itu dan seperti akulah pemilik jasad kepada agama islam ini’’. ‘’Senang cerita agama ini ada perasaannya dan akulah yang memainkan wataknya’’.

Panjang lebar penuh semangat faris menerangkan bayangannya.
‘’Waw, aku rasa cerita kau kalau difilemkan komfom ramai orang islam insaf,
Eh lupa pulak aku sebenarnya nak pulangkan buku kau ni, sori la dah sebulan pinjam baru nak pulang, nah’’!!…

Buku berjudul ‘maria’ nukilan emine senlikoglu berkisar seorang gadis katolik yang tersepit diantara fahaman ateis, kristian dan islam, dihulurkan kepada faris. Jenis buku seperti inilah yang paling diminati faris dan menjadi bayangan hariannya, buku cinta islamik.

‘’Dah dah!, aku nak balik ni ada kerja nak buat’’. ‘’assalamuaikum’’!.

‘’Waalaikumsalam, sory la tak sempat buat air, kerja? Main game ipod la tu, aku kenal kau la’’.

‘’Okey je, eh mana ade!, nak baca buku la’’,  ‘’bye bye’’!!.
Sepantas kilat hamzah meninggalkan faris, menghilang pantas tanpa sebarang bunyi derap kaki.

Faris lantas menapak ke bilik, menatap skrin komputer, mengatuk papan kekunci, menaip facebook, membuka tetingkap sebelah, menaip rock muslim di laman youtube.

‘’Eh lupa, malam ni member member ajak lawan counter-stike online, inilah masanya untuk aku rasakan suasana jihad yang sebenar’’!.

Begitulah kehidupan faris seharian, segala perbuatannya akan dikaitkan dengan rasa ingin menjiwai islam dari sekecil kecil perkara, hinggakan  bermain permainan video juga akan dikaitkan dengan jiwa islamnya.
Satu jam berlalu, faris mulai rasa mengantuk, terus menghenyak badan di atas tilam empuk, menggapai diarinya dan menulis, wawasanku, dari dulu hingga kini, sama dan tidak berubah, ingin menjiwai segala perbuatanku pada perasaan dan sentuhan islam, hari ini kurasakan akulah islam. Mmm… tadi aku telah berada dalam medan jihad, tapi dah syahid boleh hidup balik, kira ok la tu kot.

Itu wawasan faris, wawasan anda?

*tulis sebab tak boleh tido


KARI BIRU?


SERBUK COMANGO, MACAM SEDAP JE?

Hari ini daud keseorangan di rumah, tiba tiba teringin masakan emak tetapi emak tiada, berkursus perguruan tiga hari di puncak alam. Dia cuba untuk masak sendiri.

Ha, biasanya sebelum masak mak suka baca buku resipi ni , ikut je la komfom sama rasanya, bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana ramuan begitulah aromanya.

Daud menyelak buku resipi tulisan tukang masak terkenal, chef ishak . Memilih resipi kari terus memasak mengikut butiran buku resipi, memotong bawang, membersihkan ikan dan seterusnya hingga hampir masak.

Terlihat aroma kari ikan yang kemerah merahan nampak pedas, tetapi daud kurang menyukai warna merah.

Hish merah ni buat aku menyampah la, asal kari je mesti merah, ha serbuk pewarna makanan, biru, campur je la sikit, warna je, takkan mengubah rasa makanan.

Daud mengecilkan api menuang serbuk pewarna, habis biru kari merah, kepenatan, mengantuk, menapak ke ruang tamu, baring atas sofa, membelek kembali buku resipi. Terjumpa artikel comango terselit dalam helaian buku.

Eh apa ni, comango?

Lantas membaca huruf demi huruf perenggan demi perenggan dan habis 5 muka surat.

Benda kecil camni pon nak dibuat artikel, sekurang kurangnya comango ni perjuangkan hak kebebasan, kira ok la tu, ambil yang jernih buang yang keruh, ambil sikit je, takkan mengubah dan merosakkan masyarakat pon.

Ting tong!
Tiba tiba loceng rumah berbunyi, daud bergegas membuka pintu.

Oh aziz, eh apa kena dengan kau ni baju pink, rambut panjang dah macam perempuan aku tengok?

Oh inilah penampilan terbaru aku, mak nyah, kau suka? jom aku bawak kau jalan jalan, kat depan tu ade perarakan syiah besar besaran, syok kot main luka luka badan, tak de la asyik terperap dalam rumah je.

Daud terkedu terdiam seribu bahasa, menyarung selipar, mengekori aziz tanpa banyak bertanya, alangkah terkejutnya daud melihat suasana persekitaran kawasan perumahannya, satu perarakan syiah besar besaran sedang dijalankan, kaget dan menjerit sekuat hati lantas membuka langkah seribu berlari pulang ke rumah.

Sampai di rumah daud sekali lagi terkejut dengan suasana bising rumahnya. Ramai orang ada di rumah, daud menatap satu persatu wajah yang ada, terpandang wajah adiknya.

Ohh syahmi kau baru pulang ya, siapa mereka semua ini, kenapa kau benarkan mereka masuk?

Eh abang, ni kawan kawan baru syahmi, malam ni kami ingin mengadakan pesta gay.

Apa yang sedang berlaku ni, kenapa semuanya tiba tiba berubah, syahmi kau gila, ke aku yang gila.... Argghhh!!!

Daud bingung akan perubahan adiknya, selama ini dialah yang mengajarkan adiknya ilmu ilmu agama dan adiknya juga merupakan tokoh pelajar sekolah agama, daud makin bingung dengan persekitaran kawasan perumahannya yang tiba tiba berubah.

Adiknya, syahmi tiba tiba mencelah kebingungan daud.

Bang, malam ni kami nak berpesta, masakkanlah sesuatu, kari pon kita ok la

Kari? eh api tak mati lagi!

Lantas daud terjaga dari tidur, menggaru kepala hairan rumahnya tiada orang.

Ceh, mimpi siang hari rupanya, oh lupa kari!

Daud bergegas ke ruang dapur memadamkan api, tersenyum puas, aroma mengasyikkan mula menusuk hidungnya, mengambil pinggan, mengisi nasi dan menuang kuah kari, terus makan dengan lahap, dari pagi belum makan tidak bersarapan.

Puuiiiii!!!!! apa ni harap bau je sedap, rasa pelik, rasanya aku letak serbuk pewarna biru tadi tak de la banyak mana, takkanlah sampai camni rasanya, kalau camni comander hutan yang boleh telan apa sahaja pon takkan mampu habiskan ni.

P/s ; setitik nila mampu merosakkan setempayan susu.

*tulis sebab tak boleh tido

Wednesday 15 September 2010

LAILATUL JAIZAH

Di corong itu
Sayup dendangan
"Telah belalu ramadhan"
Kenapa? Kenapa?
Kerana sebenarnya ramadhan masih mengungsi
Di sepuluh terakhir yang memang hampir keakhir

Ketika para ahlullah meratap kepasrahan
Meruntun syahdu lelehan air mata
Mendongak kelangit mencari lailah
Masih ada insan berdendangan
Bergelandangan
Supaya ramadhan berakhir

Mereka lupa malam terakhir itu
Malam pengurniaan
kerna melepasi
Tangga-tangga rahmah dan maghfirah
Lailah jaaizah
Kejayaan diraih di universiti ramadhan yang berkah

Rayalah benar-benar dipagi syawal yang mencelah
Bagi jiwa-jiwa yang fitrah
Senandung takbir damai nan indah
Menyapa insan-insan yang jaya dan tabah
Dibawah bumbung sayap malaikah


Di sudut terasing itu
Aku masih berteleku
Meratapi ramadhan yang telah benar-benar berlalu
Bukan dendangan nyanyian melulu
Oleh hati-hati yang kosong dan layu
Melontar soal pada diri yang kerdil dan malu
Bertanya dengan llidah yang kelu
Mampukan aku bertemu
Di ramadhan mendatang sebagai tamu……….?

Sunday 12 September 2010

''Tak Cukup Luas La Masjid Ni''



Suara suara itu kadangkala kedengaran……
''rasanya kena luaskan lagi la masjid ni,baru selesa sikit nak solat''
''sejuk sikit kalau masjid dah luas''
''mana la perginya duit zakat ni nak buat masjid tapi macam tak bagi orang solat je, asyik asyik solat kat koridor,tepi tandas,kat luar…............buat la masjid besar sikit baru la orang nak ke masjid kan duit zakat selalu terlabih lebih''

Antara sempit dan luas mana lagi OK untuk masjid?

Biasanya suara ini kedengaran ketika solat JUMAAT,RAYA,TERAWIKH

Biasala tu mata manusia, selalu nampak yang nyata dan kurang nampak yang sebenarnya….
Baguslah kalau masjid sempit….
Kalau terawikh tu sebenarnye sempit kejap je pastu nanti da 8 rakaat baru rasa luas macam padang bola…..
Rasanya masjid ni, lebih lama menjadi luas daripada sempit….
Orang selalu komen nak solat jumaat masjid sempit,,, tapi lepas tu ia akan menjadi luas macam istana……

Yang komen tu pon bukan orang yang selalu sempitkan masjid pon…..

Kalau sempit lagi bagus????
Tak terbayang kalau masjid sempit, mesti malaysia ni aman damai, tiada bencana alam bertolong bantu ,murah rezeki,dan dirahmati ALLAH bila semua orang menyempitkan masjid……..

Masjid takkan sempit tanpa jiwa yang luas pada masjid dan masjid akan luas kerana ramainya jiwa yang sempit padanya….

Yang selalu sempitkan masjid pula kadangkala terngeluh
''sibuklah orang yang jarang@tak pernah datang ni, buat semak je memanaskan suasana, orang nak solat pon terhimpit himpit, pulak tu siap borak lagi tu time khutbah……….

Emm…. Orang nak buat baik jangan dingeluhkan sebab nabi sendiri tak benci kat orang munafik apatah lagi kita yang kemungkinan orang munafik , nak benci orang yang mungkin bakal ahli syurga…….

p/s;selalulah kita sempitkan masjid agar kubur kita nanti tak sempit….

Sunday 5 September 2010

Madrasah Tarbiyyah

Moga ingatan ini masih benar………

Saat pertama kali kaki ini melangkah ke madrasah yang tak pernah terbayang olehku sebelum ini…………
Dari sebelumnya daku yang agak jahil ketika di bangku sekolah rendah……
Aku sedikit nakal ketika itu….
Namun haluan perjalanan kaki ini berubah ke madrasah yang baru, walau namanya tidak asing, abang dan kakak juga menuntut di sini….
Oh, sebelum ini ku rasakan aku yang tertua di sekolah, lampu sentiasa menyala hijau untukku melakukan segalanya, ponteng,mercun,ubat julap,vendalism,menipu,mencuri,menabur fitnah,zip beg,tak puasa,memukul dan banyak lagi………..
Baru beberapa langkah sahaja turun dari kereta, telah terdengar suara suara sumbing yang menusuk telingaku bagai tosokan jarum pada lidah…..
Oh suara senior melaung laung kegiatan laluku…..heran bagaimana orang yang masih belum ku kenal sudah ada sedikit pengetahuan biodata diriku yang cuba kuselindungkan….
Benak hati sudah terasa madrasah ini akan meranapkan diriku, tidak mengapa kerana belum cuba belum tahu…..

Minggu Orientasi
Ah, pelik,hairan,kagum,seronok……
Seminggu tak pakai baju sekolah, penuh dengan aktiviti, pagi,petang,siang,malam
Hias dinding,perkhemahan, masak, naightwalk,teater,nasyid,tayangan,tazkirah,ala ala sukaneka,top show,dorm mahabbah,……….banyak lagi…

Cuti Pertama
Beberapa orang rakan "ala dok sekolah lagi best,tak nak cuti la"

Bermula Sesi Dengan Sekolah
Kenal warden, guru kelas,…….ape ape la….
La ingatkan yang bagi tazkirah mantap ni ustaz, pelajar pelajar rupenya…..
Baru nak pakai baju sekolah la katakan…. Maknanya….., yang banyak banyak program tu bukan ustaz yang kondak tapi pelajar......?

SEKOLAH APA PULAK NI……..

Jadi firasan awalku tika langkah baru memijak bumi madrasah ini bahawa sekolah ini akan meranapkan diriku bertukar menjadi sekolah yang menjadi acuan terbaik untuk membentuk diri ini, aku semakin berminat untuk mengetahui bagaimana ini boleh terjadi, pelajar yang begitu mantap sehingga ku rasakan seperti ustaz….

Suasana yang disangkakan ceria dormku kadangkala tergugat bila SANG PELATIH kelihatan menuju pulang……..
Mungkin TARBIYAH ketika itu amat sesuai begitu……..
Dorm lain markah bawah 10 akan didenda tapi dorm form1 akan didenda jika markah tidak melebihi 15, kerana itu dorm kami boleh dikatakan setiap hari mencecah markah penuh

Iri hati ini pada pengajian Quran hanya mampu disunyikan….
Setiap kali waktu solat akan penuh saf pertama dengan rakan rakan penghafaz Al-Quran, aku hanya mampu konsistan berada di saf pertama di kiri hujung dengan silau matahari dan berbasahan bila turunnya hujan, kami form1 akademik rata ratanya berada di saf kedua kerana tidak mampu menyaingi pelajar Quran dalam merebut barisan hampir dengan PENCIPTA.

Pergerakan unifomnya terasa bagai penyuntik semangat untuk melakukan sesuatu…
Perbagai aktiviti yang sususannya bagai gula pada semut(tertarik program tarbiyah), singa di siang hari(semangat), rahib di malam hari(hubungan dengan RAB), walau nampak seperti berjalan tidak sistematik dan tidak ada jadual yang tetap, mungkin kerana apa yang penting ialah semangat tarbiyah tersampai maka ia menjadi agak fleksible….

Memang jongkong emas yang ada sedikit calitan karat akan dipandang ''buang je la'', dan batu batu kerikil jika ada sedikit calitan emas akan menjadi rebutan orang….
APE PULAK NI….?
Biasalah mana mana tempat pasti yang yang baik dan ada yang kurang baik…..
Hobi baru sudah bermula, seawal jam 3 pagi sudah menjadi rutin harian untukku berlegar legar mengilingi sekolah, apa yang ku lihat masih ada mata yang segar menjalankan projek projek misteri…….. mengilai ngilai sehingga terlupa setiap hari SANG SUBUH mengharapkan pelanggannya menggunakannya dengan bersemangat tanpa lentok , SANG MATHURAT yang sudah jemu dirinya digunakan tanpa memahami manualnya dan SANG MURABBI yang berpenat lelah menabur ilmu namun seakan berceloteh sendirian.

Langkah ini berlalu tidak ingin melihat akan penconteng tarbiyah beraktiviti, suasana sekolah ketika itu amat gelap gelita sehingga kaki sendiri tidak kelihatan, satu jarak yang sebenarnya tidak terlalu jauh pada mata….., aku melangkah memasuki musollah dan tika tubuh ini sudah berada di tengah musollah, entah kenapa suasana suram pagi itu meragut perasaan ini menjadi suasana yang mengerikan, kakiku seperti sudah lumpuh dan tidak mampu untuk melangkah lagi kerana terdengar suara suara menyeramkan seakan berdesis yang tidak diketahui dari mana arah ianya datang AH APA SEMUA INI beberapa detik kemudian mataku beralih pandangan akan kujuran makhluk putih bergerak gerak aneh…
Dengan perasaan yang amat takut dengan segera aku langkahkan kakiku perlahan lahan meninggalkan musollah………. Aku amat takut jika kehadiranku disedari makhluk makhluk tersebut

Setiap hari aku lalui peristiwa itu namun masih belum terjawab apakah makhluk makhluk itu……….

Aku masih mencari apakah erti dan aplikasi TARBIYAH

BERSAMBUNG…………….

Saturday 15 May 2010

Dewasa Belum Masanya

Buat diri yang mampu untuk membuat perhitungan.......

Satu 'makhluk' yang tidak mampu untuk kita kejari mahupun sekadar menahannya@menghentikannya..... Iaitu masa.

Jika di Jepun 'makhluk' ini dianggap sebagai nyawa bagi mereka.

Pepatah Arab ''masa lebih berharga daripada emas''.

Persepsi Melayu pula jika berjanji untuk bertemu 10:30 pm datang 11:10pm.

Jika kita mengkaji dan menghayati sejarah……

Secara logiknya , tidak mungkin??

Dalam tempoh masa yang begitu pantas, seperti bayi yang baru dilahirkan tetapi sudah dewasa dalam tempoh yang singkat bukan pada masanya, iaitu selama 23 tahun sahaja Rasulullah berjaya mengubah masyarakat yang memusuhinya menjadi sahabat yang mempertahankannya, masyarakat yang gemarkan maksiat menjadi penyampai kalimah lailahailallah, masyarakat yang menyembah berhala menjadi penyembah yang ESA, malah beliau masih sempat untuk mendirikan dam menegakkan daulah Islamiyyah.

Lebih menghairankan lagi!!

Ketika zaman sahabat Islam telah sampai ke serata dunia termasuk Asia Tenggara yang berada jauh beribu batu dari Mekah,, malah Islam yang adalah Islam yang sudah lengkap.

Berkat daripada mereka yang bersungguh dalam kejuaraan mengejar 'makhluk' ini seperti dalam satu siri peperangan di Madain, tika umat Islam telah berjaya meraih kemenangan dalam peperangan tersebut, Saad bin Abi Waqas berkata ''Agama Islam masih baru'', tetapi telah dapat mereka teklukkan daratan dan perairan.

Mengapa pula Islam masih baru??

Saad bin Abi Waqas juga penyampai Islam di China dan di Asia Tenggara pula Islam disampaikan oleh orang Habsyah iaitu Saad Lubaid Al Habsyi.

Juga contoh pengejar terpantas 'makhluk 'ini, malah mereka berjaya mencapai tahap kedewasaan mereka belum pada masanya yang memainkan Islam dewasa begitu pantas dan tersebar luas di dunia.

Usamah bin Zaid (pembuka kota Rom)

Mus'ab bin Umair (pembuka kota Yathrib)

Muhammad Al Fateh (pembuka kota Konstantinople)

Tidak dilupakan Khalid Al Walid, tikamana merasakan dirinya baru memeluk Islam, ketika berkecamuk perang Mu'tah. Telah tewas 3 panglima Islam , maka panji Islam diserahkan kepadanya sepantas kilat mampu untuk menyelamatkan kaum Muslimin dari lembah kehancuran.

Juga kepantasan sebuah tamadun merentasi 'makhluk' ini dengan gilang gemilang , ketika Era keunggulan Abbasiyyah (kepesatan perkembangan ilmu). Kemodenan masa kini mungkin tidak akan kita kecapi jika tiada teras dalam kemodenan seperti ilmu (penemuan baru). Dalam era ini jutaan ilmuan Islam telah berjaya merentasi 'makhluk' ini dalam merungkai rahsia ilmu seterusnya menjana tamadun moden walaupun di Eropah ketika itu masih lagi di zaman kegelapan dan serba kekurangan.

Satu analogi,

Nyawa kita ibarat kenderaan yang terus bergerak tanpa henti dari Meru ke Shah Alam, ia terus bergerak ke destinasi terakhir dan bila sampai ke pengakhiran maka tiada lagi perjalanan (mati).

Begitu Rasulullah sedar, begitu sahabat sedar, begitu salafussaleh sedar, begitu juga kita perlu sedar. Setiap saat yang dibazirkan memungkinkan Islam tidak sampai ke hari ini.

Ayuh kita sahut cabaran ini…. Tentang 'makhluk' (masa) ….. kejar 'makhluk' ini ….. Rasulullah telah berjaya mendewasakan Islam ini walau belum pada masanya, maka berusahalah dalam diri kita untuk menjadi dewasa walau belum pada masanya.

23 tahun ialah umur remaja,,,, tetapi ketika itu telah berjaya Rasulullah mendewasakan Islam

Waallhua'lam.