Wednesday 15 September 2010

LAILATUL JAIZAH

Di corong itu
Sayup dendangan
"Telah belalu ramadhan"
Kenapa? Kenapa?
Kerana sebenarnya ramadhan masih mengungsi
Di sepuluh terakhir yang memang hampir keakhir

Ketika para ahlullah meratap kepasrahan
Meruntun syahdu lelehan air mata
Mendongak kelangit mencari lailah
Masih ada insan berdendangan
Bergelandangan
Supaya ramadhan berakhir

Mereka lupa malam terakhir itu
Malam pengurniaan
kerna melepasi
Tangga-tangga rahmah dan maghfirah
Lailah jaaizah
Kejayaan diraih di universiti ramadhan yang berkah

Rayalah benar-benar dipagi syawal yang mencelah
Bagi jiwa-jiwa yang fitrah
Senandung takbir damai nan indah
Menyapa insan-insan yang jaya dan tabah
Dibawah bumbung sayap malaikah


Di sudut terasing itu
Aku masih berteleku
Meratapi ramadhan yang telah benar-benar berlalu
Bukan dendangan nyanyian melulu
Oleh hati-hati yang kosong dan layu
Melontar soal pada diri yang kerdil dan malu
Bertanya dengan llidah yang kelu
Mampukan aku bertemu
Di ramadhan mendatang sebagai tamu……….?

No comments:

Post a Comment