Wednesday 27 November 2019

PANTAS!


Sejarah

Ketika ammul wufud(tahun perutusan), bermula dari habsyah rasulullah menghantar ramai pendakwah untuk menyampaikan islam ke seluruh pelusuk dunia.

Utusan yang ke asia ketika itu adalah saad ibn waqas dan saad lubaib al habsyi,
Saad ibn waqas mengambil jalan darat yang menyampaikannya ke Cina.

Saad lubaib pula menyambil jalan laut sehingga sampai ke asia tenggara, ada pendapat mengatakan dia singgah di Melaka.

Satu bukti sejak dari zaman sahabat keberadaan islam telah mekar bertapak di bumi asia tenggara khususnya tanah melayu, perSOALannya betapa pantas islam sampai ke serata dunia dan apa yang menyebabkan mereka sanggup merentasi segalanya untuk islam tertanam dalam dada setiap manusia.

tidak lain adalah kerena mereka benar benar memahami lafaz dan tuntutan syahadah.

Mari bersama mengkaji dan FAHAM sejarah agar berulang kembali sejarah GAH seperti masyarakat asia tenggara dahulu kala pernah menganggap siapa yang meninggalkan solat lebih hina dari najis anjing dan babi, perpindahan nama berhala SURAU kepada surau tempat solat, juga agar tidak mengulang sejarah hitam seperti kejatuhan Melaka, penjajahan iman berteraskan nafsu.

Yang paling penting agar kita dapat membuka mata dan hati apa itu islam dan apa yang bukan islam, ‘’untukmu agamamu, dan untukku agamaku’’ –al kafirun ;6-  satu ungkapan rasulullah ketikamana kafir quraisy ingin menawarkan persamaan jahiliyah dan islam.

Wallahua’lam.

JASAD ISLAMKU


JASAD ISLAMKU

Namaku ISLAM, aku ingat lagi suatu ketika dahulu, ketika pernah persekitaran dan kehidupanku sering menjadi rujukan, ramai yang ingin bersahabat denganku, setiap permasalahan pasti aku yang diminta untuk menjadi penimbang taranya.

Tetapi itu kisah dahulu,
           
Sudah tertambat, terpaku, tergulung dan terselit dalam lipatan sejarah.

Aku ingat lagi saat lahirku, aku dicemuh, dipandang jelek, semua yang berhadapan denganku pasti akan merasai keanehan dan keganjilanku.

Lahirku pada mulanya hanya disambut dengan segelintir manusia, yang dalam hatinya kurasakan tulus, suci dan ikhlas ingin memegang eratku dan menjadikan aku segalanya dalam hidup mereka.

Aku ingat lagi kata kata nista abu jahal "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad." Tohmah abu jahal dengan sasa mengangkat batu besar mahu dihentak pada rasulullah yang sedang khusyuk dihadapan ka’bah.

Sungguh tegar kau ucapkan lafaz itu pada insan pertama yang menggenggam eratku, kau cemar wibawaku.

Saat itu kurasakan aku terhina, terbuang dan terdampar dalam lautan cacian manusia manusia berjiwa haiwan.

Namun masih lagi hadir kebahagiaan tanpa putus putus dari tingkah laku mereka, membuatkanku berasa gah menjadi diriku sebagai islam.

Masih segar dalam ingatanku lantunan kata "Jika kamu [Muhammad] mengarahkan kami mencampakkan kuda kami ke laut, nescaya kami akan lakukan’’.

Aku bangga dengan mereka yang siap sedia dengan segala apa yang ada untuk menjaga dan mengangkat diriku. Berprinsip jelas, taat dan siap siaga menyerahkan jiwa dan raga untukku.

Kegembiraanku tak putus putus dari hari ke hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun dan dari abad keabad, sehinggalah ke satu tempoh, yang kurasakan amat mengguris hati, tarikh yang membuatku lemas seakan mati, ketikamana jatuhnya khilafah yang berhempas pulas menjaga diriku.

Sebelum ini juga, telah kurasakan longlai berkali kali, lemas, apung kembali, dari serangan tartar, kepincangan kepimpinan khalifah dan perang perang saudara canangan musuh dalam selimut, kurasakan sesak dadaku bagaikan lemas dalam setiap permasalahan, namun kini aku masih lagi berharap, agar aku kembali terapung tanpa lemas kembali.

“Woi faris, apa kau buat hah dah berjam jam kau termenung, kejap masam kejap senyum, sihat tak’’!?.

‘’Aku.. aku.. ha haa , hamzah’’!?.
Kedua tangan faris yang sejak dari tadi menongkat dagunya tergelincir lantaran kejutan hamzah yang tiba tiba menyergah.

‘’Ha ha haa’’!, ‘’tau pon terkejut, tu la termenung panjang macam pungguk rindukan bulan lah aku tengok kau ni’’.

‘’He he, kau tahu tak apa yang aku bayangkan tadi’’. Balas faris spontan.

‘’Takde masa la nak fikir, kau tak yah nak senyum kambing la’’.
Keluh hamzah tak pedulikan coletah faris.
‘’Kau tu kalau dah….
Faris terus memotong dengan senyum lebarnya masih asyik lamunan indah.

‘’Sebenarnya tadi aku terbayang, aku ni adalah satu perumpamaan kepada agama islam, kau pon tahu nama penuh aku faris al islam bin zalani’’.

‘’Ha ha, boleh lah, ada la jugak islam kat hujung, apa dia kau menungkan tu, kongsi sikit’’.
Entah kenapa hamzah tiba tiba berminat ingin mengetahui bayangan faris, walaupun sebelum ini dia pasti bosan dengan semua cerita angan angan faris.
‘’Aku rasakan aku sebagai agama islam, ada perasaan tersendiri pada semua yang mendokongku, rasa benci pada orang orang yang meninggalkanku, rasa meluat pada orang orang yang menyingkirkanku, rasa sayang pada orang yang memeluk eratku, rasa kasihan pada orang yang masih hairan, keliru dan bengong tidak memahami diriku walau sudah dijelaskan berkali kali kenapa aku dilahirkan’’.

‘’Aku ingat kisah bangkit dan jatuhku, semuanya terpapar bagaikan sebuah layar dihadapan mataku, paparan yang memberi rasa, perasaan seolah olah aku berada di zaman itu dan seperti akulah pemilik jasad kepada agama islam ini’’. ‘’Senang cerita agama ini ada perasaannya dan akulah yang memainkan wataknya’’.

Panjang lebar penuh semangat faris menerangkan bayangannya.
‘’Waw, aku rasa cerita kau kalau difilemkan komfom ramai orang islam insaf,
Eh lupa pulak aku sebenarnya nak pulangkan buku kau ni, sori la dah sebulan pinjam baru nak pulang, nah’’!!…

Buku berjudul ‘maria’ nukilan emine senlikoglu berkisar seorang gadis katolik yang tersepit diantara fahaman ateis, kristian dan islam, dihulurkan kepada faris. Jenis buku seperti inilah yang paling diminati faris dan menjadi bayangan hariannya, buku cinta islamik.

‘’Dah dah!, aku nak balik ni ada kerja nak buat’’. ‘’assalamuaikum’’!.

‘’Waalaikumsalam, sory la tak sempat buat air, kerja? Main game ipod la tu, aku kenal kau la’’.

‘’Okey je, eh mana ade!, nak baca buku la’’,  ‘’bye bye’’!!.
Sepantas kilat hamzah meninggalkan faris, menghilang pantas tanpa sebarang bunyi derap kaki.

Faris lantas menapak ke bilik, menatap skrin komputer, mengatuk papan kekunci, menaip facebook, membuka tetingkap sebelah, menaip rock muslim di laman youtube.

‘’Eh lupa, malam ni member member ajak lawan counter-stike online, inilah masanya untuk aku rasakan suasana jihad yang sebenar’’!.

Begitulah kehidupan faris seharian, segala perbuatannya akan dikaitkan dengan rasa ingin menjiwai islam dari sekecil kecil perkara, hinggakan  bermain permainan video juga akan dikaitkan dengan jiwa islamnya.
Satu jam berlalu, faris mulai rasa mengantuk, terus menghenyak badan di atas tilam empuk, menggapai diarinya dan menulis, wawasanku, dari dulu hingga kini, sama dan tidak berubah, ingin menjiwai segala perbuatanku pada perasaan dan sentuhan islam, hari ini kurasakan akulah islam. Mmm… tadi aku telah berada dalam medan jihad, tapi dah syahid boleh hidup balik, kira ok la tu kot.

Itu wawasan faris, wawasan anda?

*tulis sebab tak boleh tido


KARI BIRU?


SERBUK COMANGO, MACAM SEDAP JE?

Hari ini daud keseorangan di rumah, tiba tiba teringin masakan emak tetapi emak tiada, berkursus perguruan tiga hari di puncak alam. Dia cuba untuk masak sendiri.

Ha, biasanya sebelum masak mak suka baca buku resipi ni , ikut je la komfom sama rasanya, bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana ramuan begitulah aromanya.

Daud menyelak buku resipi tulisan tukang masak terkenal, chef ishak . Memilih resipi kari terus memasak mengikut butiran buku resipi, memotong bawang, membersihkan ikan dan seterusnya hingga hampir masak.

Terlihat aroma kari ikan yang kemerah merahan nampak pedas, tetapi daud kurang menyukai warna merah.

Hish merah ni buat aku menyampah la, asal kari je mesti merah, ha serbuk pewarna makanan, biru, campur je la sikit, warna je, takkan mengubah rasa makanan.

Daud mengecilkan api menuang serbuk pewarna, habis biru kari merah, kepenatan, mengantuk, menapak ke ruang tamu, baring atas sofa, membelek kembali buku resipi. Terjumpa artikel comango terselit dalam helaian buku.

Eh apa ni, comango?

Lantas membaca huruf demi huruf perenggan demi perenggan dan habis 5 muka surat.

Benda kecil camni pon nak dibuat artikel, sekurang kurangnya comango ni perjuangkan hak kebebasan, kira ok la tu, ambil yang jernih buang yang keruh, ambil sikit je, takkan mengubah dan merosakkan masyarakat pon.

Ting tong!
Tiba tiba loceng rumah berbunyi, daud bergegas membuka pintu.

Oh aziz, eh apa kena dengan kau ni baju pink, rambut panjang dah macam perempuan aku tengok?

Oh inilah penampilan terbaru aku, mak nyah, kau suka? jom aku bawak kau jalan jalan, kat depan tu ade perarakan syiah besar besaran, syok kot main luka luka badan, tak de la asyik terperap dalam rumah je.

Daud terkedu terdiam seribu bahasa, menyarung selipar, mengekori aziz tanpa banyak bertanya, alangkah terkejutnya daud melihat suasana persekitaran kawasan perumahannya, satu perarakan syiah besar besaran sedang dijalankan, kaget dan menjerit sekuat hati lantas membuka langkah seribu berlari pulang ke rumah.

Sampai di rumah daud sekali lagi terkejut dengan suasana bising rumahnya. Ramai orang ada di rumah, daud menatap satu persatu wajah yang ada, terpandang wajah adiknya.

Ohh syahmi kau baru pulang ya, siapa mereka semua ini, kenapa kau benarkan mereka masuk?

Eh abang, ni kawan kawan baru syahmi, malam ni kami ingin mengadakan pesta gay.

Apa yang sedang berlaku ni, kenapa semuanya tiba tiba berubah, syahmi kau gila, ke aku yang gila.... Argghhh!!!

Daud bingung akan perubahan adiknya, selama ini dialah yang mengajarkan adiknya ilmu ilmu agama dan adiknya juga merupakan tokoh pelajar sekolah agama, daud makin bingung dengan persekitaran kawasan perumahannya yang tiba tiba berubah.

Adiknya, syahmi tiba tiba mencelah kebingungan daud.

Bang, malam ni kami nak berpesta, masakkanlah sesuatu, kari pon kita ok la

Kari? eh api tak mati lagi!

Lantas daud terjaga dari tidur, menggaru kepala hairan rumahnya tiada orang.

Ceh, mimpi siang hari rupanya, oh lupa kari!

Daud bergegas ke ruang dapur memadamkan api, tersenyum puas, aroma mengasyikkan mula menusuk hidungnya, mengambil pinggan, mengisi nasi dan menuang kuah kari, terus makan dengan lahap, dari pagi belum makan tidak bersarapan.

Puuiiiii!!!!! apa ni harap bau je sedap, rasa pelik, rasanya aku letak serbuk pewarna biru tadi tak de la banyak mana, takkanlah sampai camni rasanya, kalau camni comander hutan yang boleh telan apa sahaja pon takkan mampu habiskan ni.

P/s ; setitik nila mampu merosakkan setempayan susu.

*tulis sebab tak boleh tido