Saturday 3 April 2010

UNTUK LEBIH BAIK???



Bak api biru yang ingin menyentuh sang tembaga namun diterjah dengan kerakusan api merah yang lebih mengelocak keinginannya untuk menyentuh sang tembaga …..alangkah dasyatnya jika api biru menyedari bahawa dirinya adalah lebih kuat berbanding api merah yang hanya membara …..tetapi api biru tenggelam dalam ketenangan yang membisu kerana meresa dirinya begitu kerdil dan alngkah bersemangatnya api merah yang lebih menggelocak menyentuh sang tembaga sehingga terlupa asalnya daripada kepanasan api biru yang melahirkan zahir dirinya ….. barangkali api biru sedang mencari lebih bahan bakar bagi mengumpul kekuatan untuk membesar lebih dasyat lantaran melenyapkan terus api merah seterusnya bermaharajalela menyentuh sang tembaga dan api merah menyedari akannya maka api merah berusaha lebih gigih dan cepat untuk mendahului menyentuh sang tembaga berisi sup menawar untuk berbakti pada hamba yang ingin dirahmati ilahi.

Api merah dan api biru sebenarnya sedang berlumba untuk membakar periuk berisi sup menawar buat seorang hamba allah yang soleh yang sedang bersiap sedia untuk berjihad…. Mereka menyedari sup itu akan menambah semangat hamba allah itu untuk berjihad,, maka mereka ingin mendapat saham dari ilahi akan kebaikan yang dilakukan…

Adakalanya seseorang yang ingin melakukan kebaikan tetapi merasakan dirinya tidak layak untuk melakukannya walaupun sebenarnya dia lebih baik daripada orang lain,,, atupun dia tidak menyedari ada padanya kebaikan lain yang sedikit sebanyak mampu untuk menyumbang…

Adakalanya seseorang yang ingin melakukan kebaikan tetapi dirinya agak kurang berbanding orang lain maka dia menanam semangat yang berkobar kobar dalam dirinya dan tidak akan bertangguh dalam melakukan segala kebaikan..

Adakalanya seseorang yang ingin melakukan kebaikan tetapi risau tidak dapat melakukannya dengan sempurna dan istiqamah,,, untuk itu dia lebih merancang, meneliti, mengkaji, mengkaji dan menghayati akan apa yang dilakukan.

Golongan yang sedikit (api biru biasanya hanya calitan sedikit di balik api merah)
Namun merupakan tulang belakang yang kukuh dan lebih memahami erti sebenar berbuat kebaikan..

Golongan muda(api merah yang menggelocak) memang bersemangat tinggi untuk melakukan sesuatu tetapi perlu lebih bimbingan daripada golongan berpengalaman.

Semangat ada pada pemuda
Hikmah lebih pada sheikh