Saturday, 3 April 2010

UNTUK LEBIH BAIK???



Bak api biru yang ingin menyentuh sang tembaga namun diterjah dengan kerakusan api merah yang lebih mengelocak keinginannya untuk menyentuh sang tembaga …..alangkah dasyatnya jika api biru menyedari bahawa dirinya adalah lebih kuat berbanding api merah yang hanya membara …..tetapi api biru tenggelam dalam ketenangan yang membisu kerana meresa dirinya begitu kerdil dan alngkah bersemangatnya api merah yang lebih menggelocak menyentuh sang tembaga sehingga terlupa asalnya daripada kepanasan api biru yang melahirkan zahir dirinya ….. barangkali api biru sedang mencari lebih bahan bakar bagi mengumpul kekuatan untuk membesar lebih dasyat lantaran melenyapkan terus api merah seterusnya bermaharajalela menyentuh sang tembaga dan api merah menyedari akannya maka api merah berusaha lebih gigih dan cepat untuk mendahului menyentuh sang tembaga berisi sup menawar untuk berbakti pada hamba yang ingin dirahmati ilahi.

Api merah dan api biru sebenarnya sedang berlumba untuk membakar periuk berisi sup menawar buat seorang hamba allah yang soleh yang sedang bersiap sedia untuk berjihad…. Mereka menyedari sup itu akan menambah semangat hamba allah itu untuk berjihad,, maka mereka ingin mendapat saham dari ilahi akan kebaikan yang dilakukan…

Adakalanya seseorang yang ingin melakukan kebaikan tetapi merasakan dirinya tidak layak untuk melakukannya walaupun sebenarnya dia lebih baik daripada orang lain,,, atupun dia tidak menyedari ada padanya kebaikan lain yang sedikit sebanyak mampu untuk menyumbang…

Adakalanya seseorang yang ingin melakukan kebaikan tetapi dirinya agak kurang berbanding orang lain maka dia menanam semangat yang berkobar kobar dalam dirinya dan tidak akan bertangguh dalam melakukan segala kebaikan..

Adakalanya seseorang yang ingin melakukan kebaikan tetapi risau tidak dapat melakukannya dengan sempurna dan istiqamah,,, untuk itu dia lebih merancang, meneliti, mengkaji, mengkaji dan menghayati akan apa yang dilakukan.

Golongan yang sedikit (api biru biasanya hanya calitan sedikit di balik api merah)
Namun merupakan tulang belakang yang kukuh dan lebih memahami erti sebenar berbuat kebaikan..

Golongan muda(api merah yang menggelocak) memang bersemangat tinggi untuk melakukan sesuatu tetapi perlu lebih bimbingan daripada golongan berpengalaman.

Semangat ada pada pemuda
Hikmah lebih pada sheikh

Saturday, 13 February 2010

KEKELIRUAN TENTANG AJAL???



(seringkali kita keliru,,jika seseorang mati kita kata dia mati kerana tercekik,kemalangan,terlebih tidur,kenyang,ta boleh berhenti senyumlah dan pelbagai,,,,tetapi semuanya dari ALLAH yang memiliki ajal dan hayat)

Ahgr…. dah habis la pulak cerita ni………. ending dah la ta k best…….. keghairahan peminat peminat drama bersiri akan tamat setelah berakhirnya drama itu………. Itulah saat yang (tak disukai,sedih,suka…..) kerana berakhirnya tayangan (nyawa) drama (orang) yang kita (suka,benci,sayang…)…….

Nak tak nak kita kenalah redho…… yang menamatkan riwayat drama(orang) tu... director(allah) bila bila je boleh dia berhak tamatkan dan walaupun seakan akan hampir tamat(mati) tapi tak diizinkan director(allah) maka tak tamat(mati) juga….

MATI TIBA TIBA???
Banyak kisah tentangnya……..
Seperti yang ramai ketahui,,, sebuah video di youtube yang memaparkan tentang seorang pemain bola sepak yang secara tiba tiba datang ajalnya, sampai terlompat lompat dilambung tarikan ajal,,,,,,,,

BERDERAU DARAH!!!!!!!!!
Peristiwa yang dekat dengan diri ini,,,,,,,,, di kampung,,,,,,, AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH,,,,,,,,

seorang wanita mengandung di hospital ****** disahkan mati oleh doktor,,,,,,,,, ditanam di tanah perkuburan ****** ,,,,,,,,, tiada apa yang berlaku

NAMUN ,,,,,,,,,,
setiap hari ayah wanita tersebut bermimpikan seorang budak kecil merayu rayu meminta dikeluarkan dari kubur,,,,,,,,, setelah asyik dikejar bayangan mimpi,,,,,,,, si ayah mengadukan hal ini kepada mahkamah……….


Alhamdulillah,, setelah 3 hari merayu agar digali semula,,,,,,


Masyaallah,,,, wajah wanita tersebut tersenyum indah berseri,,,,,,,,, seakan akan tidak pernah mengalami kematian,,,,,,,,, wanita tersebut dibawa ke hospital***** kembali,,,,,,,,,
Subhanallah setelah dibedah,,,,,,,,,

anak wanita bersalin yang pernah kaku di dalam kubur tersebut masih sihat bernyawa?????


Siapa yang memberinya makan?????


Dari mana dia menghirup oksigen untuk bernafas?????


Tidak panaskah dia????


Ajal maut di tangan allah,,,,,,, dengan RAHMATnyalah yang menentukan mkhluknya mati atau terus hidup walaupun sudah kehabisan stok logik akal manusia membuktikan nyawanya mampu untuk terus hidup….


WAALLAH A'LAM….

p~s jika ingin membunuh jangan kata pada mangsa ''nyawa kamu kini berada di tanganku"………….

Friday, 29 January 2010

KERNA MUZIK




2golongan yang tewas dengan dajal
1>kalah dengan wanita
2>kalah dengan muzik

SKETSA
Suatu ketika… rasulullah terdengar alunan merdu sang musik… kerana asyik langkah beliau sedikit sedikit ke arah alunan itu…namun…..Allah menyelamatkan beliau daripada kelekaan itu….
(nabi sendiri pernah hampir tertawan dengan alunannya…Allah sahajalah yang maha mengetahui)

SENJATA HALUS
Kebijaksanaan iblis memperdaya manusia menggunakan musik telah banyak bukti kejayaannya.Tak sedar akan bahayanya walaupun niat baik.

SKETSA2
2team nasyid bertanding….team1 dengan semangat ingin menyampaikan massage….di akhir pertandingan dikritik hebat para juri…kerana tidak menggunakan alatan musik terkini piano,biola,drum,gitar dan lain lain.mereka hanya menggunakan perkusi kompang,bongo,tambori,shake dan yang seumpama dengannya. Team2 dengan gah mendendangkan nasyid yang menceritakan perihal keimanan,ketuhanan….serta dihiasi suara lunak piano,gitar dan drum…. Penobatan mereka sebagai juara membuatkan penonton tak berhenti mengucapkan 1000tahniah ALLHAMDULILLAH akan majulah industri nasyid…

SENTUHAN LIRIK ATAU LAGU
Kadang kadang kita mendengar lagu.. tiba tiba menangis?tapi bukan kerana menghayati liriknya... Cuma rasa agak tersentuh dengan soundtraknya yang menggamit…tak lupa juga penghayatan kita dalam versi semangat…kepala terhangguk hangguk mendengar rentak dan musiknya… terasa agak semangat, tapi lepas mendengar seakan akan tidak pernah mendengar lagu yang penuh semangat tadi.

SKETSA 3
Sewaktu menanti keputusan judi semua peserta duduk bersama tempat penonton.. team1 hanya duduk dengan tenang ,merenung apa yang telah terjadi… team2 dan team team yang lain seakan akan mengadakan parti kemenangan walau belum diumumkan pemenangnya…tergelak ketawa dengan wanita seperti adik beradik sendiri…

NASYID MEDAN DAKWAH
Ada yang berkata kita terpaksa mendalami musik yang terkini untuk lebih mudah menarik minat pemuda pemudi kini tidak salah untuk bermuzik. Tapi, betulkah muzik itu sebagai dakwah yang paling berkesan..sehingga melupakan dakwah fardiyah yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar MUHAMMAD.

KERNA MUZIK
Kernanya kita terleka……….kernanya kita menangis……kernanya kita bersemangat
Kernanya kita sanggup gadaikan duit (mp3,iPod,radio,CD,and other)…………
Kernanya kita penat melayan peminat(termasuk peminat wanita)……..
Kernanya kita guna nama amal…………(konsert amal)……..

SEDIKIT SEDIKIT
Ramai artis kini begini….
Ramai yang bukan artis kini begini………
Mula mula dengar nasyid………
Masuk kumpulan nasyid………..(niat dakwah)
Semakin giat dengan nasyid………..(da banyak show)
Nak mantapkan nasyid…………..(mula mencari contoh)
Lagu melayu pon jadilah………….(nak voicing mantap)
Zaman remaja kini suka cinta…………(artis berlagu cinta)
Mp3,iPod,radio teman setiap masa………….
Asal lagu sedap semua nak dengar………….
Nak buat kesedaran jihad………….(lagu rock jadi contoh)
Peminat bertambah tambah…………….
Terpaksa layan peminat wanita ……………..(nak jaga hati)
Ini Cuma anggaran………
(oh….senjata halus ini terlalu sukar ditangkis…terlalu banyak cabangnya….tak terduga …menerawang fikiran antara dakwah atau hiburan semata)

Jika mampu thabat dalam islam…….teruskan…..
Jika mampu dan jelas matlamat …….teruska penggunaan alatan moden piano,biola dan lain lain….

Saturday, 28 November 2009

Adakah kamu lelaki??


SOALAN INI TERLALU MUDAH?
Mungkin kita mampu jawabnya dengan betul...
tapi betul je kamu ni seorang lelaki...
jawab...memang mudah...bukti lagak je bagai lelaki...
kata Rasulullah... saf untuk orang lelaki adalah yang di hadapan dan
saf untuk orang perempuan adalah di belakang.Tetapi ramainya di kalangan
lelaki yang lebih gemar berada di saf yang di belakang malah ada juga
yang tidak masuk dalam saf?Jadi sesiapa yang suka beeda di saf yan dibelakang
bermakna dia juga suka ingin menjadi perempuan...tapi yang tidak masuk dalam
saf?????
SUATU KETIKA.....
ketika zaman nusantara begitu kuat islamnya
sekumpulan askar portugis bertanya kepada seorang wanita
''adakah di kawaan ini masih ada lagi orang lelaki untuk kami bunuh''
''tiada''....askar tadi terus meninjau untuk memastikan kebenaran kata
wanita itu...apa yang terjadi? askar tadi menemui serong lelaki sedang menyorok
ketakutan...''hei pompuan tak guna berani kau tipu kami ya!!!
mana mungkin aku menipu...dia ini bukan lelaki kerana semua lelaki sedang
berjuang menentang kamu di kejauhan sana...dan apakah kamu merasakan
perwatakan dia ini seperti lelaki....orang yang pengecut sebegini bukanlah
lelaki....

Wednesday, 25 November 2009

Pengorbanan 3 Insan



Sejarah itu....datang setiap tahunnya,
Kemudian berlalu,
Aku pun seperti kalian,kembali mengungsi helaian silam itu.Sekadar berbicara...
Tapi,aku bertanya sendiri.Cukupkah sekadar itu?
Pengorbanan 3 insan,setulus hati mencari redho ilahi.
Isteriku,
Tawakkallah pada ilahi,dikesendirian ini kerna nanti kau kan tahu
erti penyerahan diri.
Suamiku,
Teruslah juang.Bangun bersama lelah lelah himpitan.
Demi yang Esa,bukti,tabah,redho terus dijulang.
Anakku,
Erti getir sebuah kehidupan kau rasa.Nah lihatlah getir tabahmu,
Penyejuk rasa sebuah perjuangan.Sesejuk air mata ibu,sesejuk air zam zam
penuh barakah.
Namun kini aku tertanya!
Mana generasi penerus erti korban itu?
Generasi kini tidak menyahut korban,
Generasi kini tenggelam dalam arusnya,
Mereka tenggelam...
Mereka terkorban...
Terkorban jiwanya...
Terkorban akhlaknya...
Terkorban hartanya...
Terkorban agamanya...
Terkorban aqidahnya...
Terkorban...dan terus terkorban.
Kamilah juara Aids!
Kamilah juara dadah!
Kamilah juara lepak!
Kamilah juara Bohsia!
Kamilah juara segala juara!
Kami tertindas di Mindanao!
Terhina di Cechnya!
Terhiris di Bosnia!
Terdampar di Palestin!
Terbuang di Afghan!
Oh isteriku,Oh suamiku,Oh anakku...
Mrilah kita insafi...
untuk kesekiankalinya...
kita berkorban dan...
JANGAN TERKORBAN.

(tafsiran lain)
isteri.....Siti Hajar...ibu
suami......Nabi Ibrahim.ayah
anak.......Nabi Ismail
oh isteriku,oh suamiku,oh anakku....generasiku...

Wednesday, 18 November 2009

An Eagle Who Thinks He's a Chikcen



Suatu hari ibu helang pergi meninggalkan sarangnya untuk mencari makanan. Saat pergi telurnya masih dalam keadaan baik. Namun, ketika ia terbang gerakannya meninggalkan dahan membuat gerakan yang cukup bererti untuk menggerakkan telurnya sedikit demi sedikit membuatnya terjatuh.
Namun, Tuhan balum menakdirkan ianya pecah, telur itu jatuh ke sarang ayam dan bergabung dengan telur ayam yang lain. Ketika ibu ayam kembali ke sarangnya ,tarus mengeramkan telurnya tanpa mengesyaki telurnya telah bertambah.
Hari demi hari berlalu. Tiba saatnya telur2 ayam menetas , menetas satu persatu menemui dunia. Sang ibu bahagia. Semua anaknya sihat ….Tapi……apa ini????Sang ibu menggerutkan dahi. Matanya tak terlepas dari satu sosok makhluk yang berbeza dari anak anaknya yang lain. Kenapa wujudnya tidak sama dengan anak anakku yang lain? Tapi bukankah ia lahir dari hasil eramanku? Itu bererti ia juga anakku?
Naluri ibu tak akan sanggup dikalahkan oleh sedikit kecurigaan. Ya ibu ayam pun menerima si Anak Helang sepenuh hatinya.Tidak dibeza bezakan , tidak didiskriminasikan. Bentuk ,rupa …tak berpengaruh baginya. Sayangnya tak akan hilang dengan alasan fizik semata mata. Ia memberinya makan, menjaganya dari sebarang bahaya. Si anak helang juga tak merasa ada yang aneh pada dirinya. Yang ia tahu ia punyai ibu seekor ayam dan saudara saudaranya juga seekor ayam. Apa salahnya ia berfikir yang dirinya juga adalah seekor ayam??
Begitu juga saudaranya yang lain. Kerana didikan ibu yang bijaksana,mereka memperlakukannya sama seperti adik beradik yang lain..bermain bersama,makan cacing ,berlarian dan semuanya bersama.
Suatu hari tika mereka pergi keluar mencari makanan .Pelbagai telatah lucu sesama mereka.. Sungguh membahagiakan. Sedang leka mencari makanan tiba tiba anak helang mendengar suara aneh dari atas. Telinganya yang tajam tak bisa dibohongi oleh siuran angin yang menyejukkan siang itu. Suara apa itu? Kenapa tak terasa asing? Kenapa aku merasa sangat mengenalinya?
Dia manpak rupa yang seakan akan dirinya terbang gagah ; bersatu dengan alam._jangan lupa dia seekor helang dapat melihat wujud burung itu dengan jelas.Berbulu coklat, memiliki cakar tajam yang besar.Ia seperti mengenalinya. Sosok yang mirip dengan bayangan dirinya dalam takungan air beberapa bulan yang lalu, di depan rumahnya.
Kenapa aku berbeza , bu?
Apa maksudmu , anakku?
Tadi aku melihat bayanganku memantul di takungan air. Aku… aku baru sedar yang aku tak serupa dengan saudaraku yang lain.Paruhku besar, buluku coklat, ukuranku lebih besar dari yang lain. Aku lebih besar dan cakarku juga lebih tajam.
Ibu ayam hanya tersenyum.
Boleh ibu jelaskan?
Adakah itu penting?
Aku hanya ingin tahu mengapa aku berbeza… itu saja?
Hmm.. adakah ibu pernah membezakanmu dengan yang lain?
Tidak bu…
Adakah perbezaan itu penting jika ibu kata yang ibu tetap menyayangimu bagaimanapun rupamu?
Si anak helang terdiam
Dia terus berjumpa anak ayam yang lain dan berbincang mengenai masaalahnya … Jika betullah kamu seekor burung… cuba kamu terbang ..
Anak helang mencuba sekali dan tak berjaya….
Cukuplah kamu tu sama seperti kami, tetap anak ayam
Mari kita balik…. Tidak berguna walau seribu usaha sekalipun untuk kamu terbang kerana kamu itu tetap anak ayam seperti kami… Cuma fizakalmu sahaja yang berbeza.
Saudaraku anggap saja peristiwa hari ini tidak pernah berlaku. Kita bersaudara sejak kecil lagi hingga sekarang . Dierami ibu sebagai telur ayam, menetas sebagai anak ayam, makan cacing seperti ayam, berjalan dan berlari seperti ayam. Buat apa mencari nama yang lain?
Kita ni ayam, itu sudah terjadi bertahun tahun, maka terima saja apa yang ada.OK?
Si anak helang pun menerima segalanya dengan rela hati. Perlahan tapi pasti melupakan keraguan yang sempat menimpanya.

Pembaca pernahkah kamu memiliki kecurigaan seperti anak helang?
Kalau pernah, kamu tidak salah. Setiap pagi tika melihat cermin, kita tahu bayangan siapa yang trepantul dari permukaan cermin; seorang manusia, ada dua mata, 2 tangan lengkap berjemari, hidung, mulut, kepala … lengkap .
Dengan kesamaan itu tidak salah untuk kamu anggap yang diri kamu sama seperti “mereka” orang orang hebat yang kamu idolakan, yang menyita sebahagian besar otakmu.Kamu juga punyai persamaan seperti mereka , mengapa tidak boleh untuk kamu menganggap diri kamu hebat seperti mereka.
Kerana tidak mengerti kamu hanya mampu untuk menumpang kegembiraan orang lain.
Mungkin kamu memang mirip mereka. Kamu juga kadangkala memikirkan yang kamu mampu terbang seperti mereka.
Cuma kamu kalah dengan bisikan suara yang mengatakan kamu tidak akan mampu. Kamu cuba untuk terbang tetapi setelah gagal sekali, kamu terus menyatakan yang kamu tidak akan beleh terbang lagi…

Si ibu ayam juga…. Jika kamu tidak menyakini segala sesuatu ada hikmahnya. Suadah pasti anak helang akan disisihkan tanpa penjagaan.

Sunday, 15 November 2009

Searching Identity


Have you watch the movie called ''Who Am I?'' Sebuah cerita yang dibintangi Jackie Chan yang seringkali diputar di telavision..... cerita tentang seorang tentera elit yang mempunyai misi khusus..... terjatuh dari helikpter.... kemudian anemia(hilang ingatan)
Sepanjang filem diceritakan usaha Jackie Chan mencari identitinya sekaligus membongkar kejahatan salah satu egen CIA yang khianat... inilah perumpamaan buat diri yang sering lupa... dimana usaha untuk memperbaiki diri bermula di titik ini.Di titik mencari identiti kita yang sebenarnya... Selama ini kita sering berkata ''I'm proud to be my self''.. think again about it... dengan bertanya siapa aku yang sebenarnya? Jika kamu mampu jawab dengan detail,pastinya kamu sudah mengerti siapa diri kamu TETAPI jika tidak boleh....
Bagi yang mengatakan sudah mengerti sekalipun, sebenarnya konsep apa yang kamu terapkan buat diri kamu? Apakah konsep itu bersih dari campur tangan syaitan(dengar,mereka masih tertawa terbahak-bahak!) atau mungkin sebaliknya.Contohnya ada seseorang yang menasihati kamu supaya mengerjakan solat,, saat itu juga kamu merasakan solat bukanlah sebahagian daripada identity kamu...Kamu merasakan solat itu identiti orang soleh,ulama,ustaz,orang tua yang sedikit lagi nak masuk kubur. Adakah itu yang disebut jati diri sendiri ? Sebaliknya kamu tanya lagi sekali bahawa siapa diriku ini?
Apa yang menimpa diri kita sebenarnya lebih teruk daripada keadaan Jackie Chan di dalam filem Who Am I... Kerana Jackie Chan itu kan amnesia, tapi kita tidak..
Kita tidak amnesia tetapi kita lebih parah...
Orang amnesia lupa jati diri tetapi masih punyai jati diri....
Kita pula seakan-akan lupa pada jati diri malah punyai jadi diri yang jelas ke tidak...
We should admitt something; as matter or fact... maka dengan itu untuk melakukan suatu perubahan terhadap diri ,kita mestilah mengenal diri kita jika sekarang kita masih lagi perpegang bukan pada jadi diri kita , maka carilah jati diri kita yang sebernarnya....